Thursday 25 November 2010

Makan bersama mama

Tadi tengahari aku makan tengahari bersama dua lagi sahabat ku di Pizza Hut, Maju Junction. Tq H sebab balanja makan. Mentang-mentang lah hari ini gaji...

Semasa makan teringat pada mama... mama yang ku kenali memang suka makan. Dia tak pernah memilih makan. apa saja dia makan. yang penting halal dan boleh dimakan. Mama juga tak pernah kedekut dalam soal makan. Setahu aku, masa mama bekerja dulu, dia sering memblanja teman seofis makan bersama. Kalau dah begitulah sikap dan sifatnya kepada sahaba-sahabat, apatah lagi kepada keluarga serta anak-anaknya...

Aku lah yang paling rajin menemani mama makan apa saja dan dimana saja. Kalau mama ajak pergi membeli belah pasti akhirnya upahku adalah makan. Masa waktu sekolah dulu, sekiranya ada kokurikulum hari sabtu, mama akan menghantar dan mengambil ku dari sekolah. Dulu sabtu pun kerajaan bekerja... Selepas ambil aku, pasti kami akan singgah makan.

Aku masih teringat satu ketika dulu.... semasa tu aku masih bersekolah di Bukit Bintang Secondary Girl's School. Selepas mengambil aku mama ajak makan di KFC di jalan Imbi yang telah tiada sekarang (yang dulunya satu-satunya KFC mempunyai pekerja dari kalangan pekak dan bisu - prihatin benar KFC Managemant).

Masa tengah makan aku serba salah untuk menggunakan sudu dan pisau kerana takut tercampak ayam-ayamku tetapi ku lihat mama dengan 'selambanya' makan KFC menggunakan sudu dan pisau... Emmm bangga mama boleh makan macam tu.... tetapi kini....

Baru-baru ni adik ku blanja kami semua makan malam di Victoria Station Taipan. Antara yang dihidangkan adalah salad... semasa hendak makan tiba-tiba mama berbisik padaku, "Angah, nak makan ni nak pakai apa?" Aku ambil garpu yang ada di hadapannya dan mengajar mama makan dengan menggunakan garpu....

Ya.. ini la hakikat mamaku sekarang... yang dulu lincah, agresif, kuat dan tabah tapi kini pasrah dengan usia yang semakin menjelang tua.. mama semakin pelupa... hakikat yang sukar untuk aku terima...

No comments:

Post a Comment