Tuesday 30 November 2010

Gaya Mama

Mamaku adalah seorang yg suka kepada fesyen... Kata mama, masa dia dizaman remaja kakak mama yang ku panggil Cik Nun belajar menjahit. So mama sering menjadi 'testing' untuk setiap baju yang direka oleh Cik Nun hingga menjadi 'trend' dikampungnya. Semasa aku sendiri meningkat remaja, mama sering membeli kain ela yang berjela-jela di Woodlands, Singapura. Masa tu mata wang Singapura lagi murah berbanding Malaysia. Bukan macam sekarang. Memang kerap kami sekeluarga ke Singapura. Boleh dikatakan tiap cuti penggal persekolahan....

Tujuan mama membeli kain ela adalah semata-mata untuk menempah baju dengan Cik Nun. Memang banyak baju kerja mama dijahit oleh kakaknya sendiri. Mama memang seorang yang up to date, jadi mama juga menempah handbang dan kasut mengikut warna baju. Memang almari baju and kasut mama penuh sangat-sangat. Kasut-kasut mama ada 'heel'. Bertumit. Emmmm... mama memang bergaya orangnya...

TETAPI...

Pada sabtu yang lepas (27/11/2010) aku telah pergi ke salah satu pusat membeli belah untuk membeli kasut mama. Sebelum ni adikku telah pun membeli sepasang kasut yang agak berjenama untuk mama tapi sayangnya tak pasti dimana mama meletakkannya dan sekarang telah hilang. Aku kesian melihat mama hanya berselipar biasa kesana kemari. Sejak mama menginap kencing manis yang kronik dan tapak kaki pernah belubang, mama kurang suka pergi berjalan-jalan. Dengan itu aku pergi membeli kasut mama tanpa dia bersamaku. Aku tau saiz kasut mama 5. jadi aku dengan pastinya membeli tanpa banyak soal.. hati ku tersenyum membayangkan mama menyarung kasut yang baru itu...

Pulang saje di rumah, aku terpa mama yang berada di dapur. Aku letakkan sepasang kasut warna hitam yang baru ku beli itu di atas lantai dan minta dia menyarungkannya.. Dia tersenyum dan mengucapkan "terima kasih" tetapi malang sekali sebab hanya kaki sebelah kanan saje yang dapat di sarungnya. kaki sebelah kiri yang pernah berlubang itu (kini telah sembuh) rupa-rupanya sudah membengkak dan tidak muat disarung ke kasut yang baru... mama cuba sedaya upaya hingga aku menyuruhnya berhenti...mama memandangku dengan perasaan yang kecewa... kesian mama. Tapi aku janji, dapat gaji hujung bulan ini aku akan bawa mama sendiri untuk membeli kasut yang baru...

Thursday 25 November 2010

Diana's Birthday



Ini semasa majlis hari lahirku yang ke dua tahun. Semasa kecil mama memang akan membuat majlis hari lahir kami 3 beradik setiap tahun.. without fail sampai la we all bertiga sudah berkahwin...

Terima kasih mama kerana mengembirakan kami di hari lahir kami... Sayang mama sangat-sangat...

Makan bersama mama

Tadi tengahari aku makan tengahari bersama dua lagi sahabat ku di Pizza Hut, Maju Junction. Tq H sebab balanja makan. Mentang-mentang lah hari ini gaji...

Semasa makan teringat pada mama... mama yang ku kenali memang suka makan. Dia tak pernah memilih makan. apa saja dia makan. yang penting halal dan boleh dimakan. Mama juga tak pernah kedekut dalam soal makan. Setahu aku, masa mama bekerja dulu, dia sering memblanja teman seofis makan bersama. Kalau dah begitulah sikap dan sifatnya kepada sahaba-sahabat, apatah lagi kepada keluarga serta anak-anaknya...

Aku lah yang paling rajin menemani mama makan apa saja dan dimana saja. Kalau mama ajak pergi membeli belah pasti akhirnya upahku adalah makan. Masa waktu sekolah dulu, sekiranya ada kokurikulum hari sabtu, mama akan menghantar dan mengambil ku dari sekolah. Dulu sabtu pun kerajaan bekerja... Selepas ambil aku, pasti kami akan singgah makan.

Aku masih teringat satu ketika dulu.... semasa tu aku masih bersekolah di Bukit Bintang Secondary Girl's School. Selepas mengambil aku mama ajak makan di KFC di jalan Imbi yang telah tiada sekarang (yang dulunya satu-satunya KFC mempunyai pekerja dari kalangan pekak dan bisu - prihatin benar KFC Managemant).

Masa tengah makan aku serba salah untuk menggunakan sudu dan pisau kerana takut tercampak ayam-ayamku tetapi ku lihat mama dengan 'selambanya' makan KFC menggunakan sudu dan pisau... Emmm bangga mama boleh makan macam tu.... tetapi kini....

Baru-baru ni adik ku blanja kami semua makan malam di Victoria Station Taipan. Antara yang dihidangkan adalah salad... semasa hendak makan tiba-tiba mama berbisik padaku, "Angah, nak makan ni nak pakai apa?" Aku ambil garpu yang ada di hadapannya dan mengajar mama makan dengan menggunakan garpu....

Ya.. ini la hakikat mamaku sekarang... yang dulu lincah, agresif, kuat dan tabah tapi kini pasrah dengan usia yang semakin menjelang tua.. mama semakin pelupa... hakikat yang sukar untuk aku terima...

Saturday 20 November 2010

Perkenalan...

Nama Mama Khairiah binti Md Amin. Mama lahir pada 8 Februari 1946. Lahir di Gopeng Perak. Nama kampung mama kampung "Cholek". Sesiapa yang teringin nak masuk ke Gua Tempurung di Perak, maka akan lalu lah di hadapan rumah kampung mama.

Mama pernah melakukan kerja seperti menoreh getah serta membantu mamanya (opahku) di sawah. Kata mama masa tu dia bersekolah pada sesi petang jadi pagi dia akan membantu keluarga mana yang patut. Mama cakap ayanhnya(yang ku panggil nenak)adalah seorang tukang besi yang membuat keris, parang, pisau, kapak dan sebagainya. Jadi fahamlah aku bahawa kedua orang tua mama sememangnya penduduk kampung yang aslinya membuat kerja-kerja kampung.

Mama juga mempunyai ramai adik beradik iaitu 10 orang kesemuanya tapi kini pada saat aku mewujudkan blog ini, sebahagian daripada mereka telahpun meninggal dunia. Ada masanya mama akan bercerita dengan ku mengenai zaman kanak-kanaknya.....

Thursday 18 November 2010

Memahami kenapa blog ini diwujudkan...

Salam penuh kasih sayang kepada sesiapa yang sudi singgah untuk membaca atau mengetahui apa yang dicatatkan didalam blog ini...

Tujuan blog ini diwujudkan adalah semata-mata untuk didedikasikan kepada mamaku tersayang...