Wednesday 8 August 2012

Ini dia rumah kelahiran mama di Kg Chulek, Gopeng, Perak Darul Ridzuan. Totally a rumah kampung. Mama cakap dulu di depan rumah ni la tempat ayahnya (Hj. Amin) membuat pisau, parang, keris dll. Ayah mama (atuk saya la ya..)seorang tukang besi. Mama cerita Kg Chulek ni dibuka oleh ayah kepada ayahnya (moyang saya la ya..). Mereka yang menebas segala semak samun dan terus menetap di Kg Chulek. Mama memang dilahirkan dan dibesarkan disini. Mama cakap pagi2 dia dah mula menolong mamanya (opah saya la ya...) ke kebun getah. Selepas itu, mama akan siap sedia pula ke sekolah sebab mama sekolah sesi petang. Begitu la rutin mama seharian. Rumah kg ni memang banyak kenangan buat mama. Mama pun berkahwin dengan ayah dirumah ini. Nostalgia di kg akan mama ceritakan kepada kami adik beradik berulang ulang kali. Kami tidak pernah jemu mendengarnya. Mama akan cerita mengenai kebun getah, dusun durian, sungai, ayam itik... Mama cakap tinggal di kg, kita tidak akan kelaparan.. InsyaAllah. sebab makanan ada di mana-mana. Sayuran kg, ayam itik, kambing lembu semua belaan sendiri. Mama suka mandi di sungai.. mama pandai berenang. Mama cakap opah selalu marah mama sebab mandi di sungai lama-lama sampai kecut seluruh badan... tapi itu la yang di sukai mama.. mandi sungai, berenang dan menyelam... mama...mama....dan aku rasa mama memang bahagia semasa zaman membesar di kg.... Mama kini... Gambar rumah di atas diambil baru2 ini... Aku pimpin tangan mana semasa memasuki perkarangan rumah kampungnya... aku tanya mama... ini rumah siapa ma? Mama pandang rumah tersebut dengan 1 pandangan yang teragak-agak dan terlalu kosong... Lalu mama jawab, entah la... Kesian mama.. terlalu uzur untuk mengimbas kembali saat rumah itu berpenghuni... Ya.. rumah itu dah semakin uzur dan memang telah lama terbiar... Kini ianya tidak berpenghuni, kosong dang uzur... sekosong pemikiran mama dan seuzur keadaan mama... Betapa waktu merubah segalanya... Aku beritahu mama, ini lah rumah mama masa kecil yang mama selalu ceritakan tu... mama perhatikan keseluruhan rumah sambil berkata, dah lainnya rumah ni.. sayangnya... mungkin dalam pemikirannya terbayang saat manis, bahagia, lucu, gembira, suka, duka dia bersama ibu bapa dan adik beradiknya yg lain... hanya mama seorang saje yang tahu apa yg dibayangkan... tanpa kata-kata... hanya pandangan mata ke setiap kawasan rumah... kosong... terlalu kosong...

No comments:

Post a Comment