Tuesday, 6 December 2011

Mama sakit kaki

Baru-baru ini, di pagi hari (hari minggu), aku bangun tidur dan selepas mandi aku turun ke aras bawah rumah dan memanggil mama... alangkah terkejutnya aku bila melihat mama terbaring lesu di tepi meja makan sambil menangis kesakitan kerana tidak berupaya lagi untuk menggerakkan kaki kirinya... aduhai mama... aku jadi panik.. kesian mama.
Aku dan kakak ku cuba sedaya yang boleh membantu mama untuk bangun tapi mama kesakitan dan meraung... belum pernah aku melihat mama kesakitan sebegitu sebab mama adalah orang yang tabah dan tidah mudah mengalah kepada apa pun kesakitan.. kali ini aku tahu mama benar-benar tidak beupaya...

Akhirnya aku bersama kawan-kawan membantu mama dengan membawa seorang tukang urut ke rumah... Alhamdulliah.. kini mama mampu berjalan seperti biasa.. Terima kasih tak terhingga kepada kawan-kawan yang membantu...lebih - lebih lagi kepada kakak tukang urut itu...

Bila keadaan ini berlaku aku teringat suatu ketika dulu....

Dua belah kaki mama itu jua yang selalu pergi membantu ibunya menoreh getah diwaktu dinihari...
Dua belah kaki mama itu jua yang melangkah dengan tertib untuk menimba ilmu di sekolah...
Dua belah kaki mama itu jua yang telah memanjat tangga bas dengan badan berbadan dua untuk ke tempat kerja...
Dua belah kaki mama itu jua yang sering melangkah ke pasar untuk berbelanja agar anak-anaknya dapat makan dengan sempurna...
Dua belah kaki mama itu jua yang telah membawa kami ke klinik sekiranya demam panas melanda...
Dua belah kaki mama itu jua yang telah membawa kami membeli belah setiap kali menjelangnya hari raya...
Dua belah kaki mama itu jua yang telah melangkah ke sekolah kami untuk melihat kami membuat persembahan setiap kali hari guru mahupun sambutan Maulidur Rasul atau apa pun aktiviti di sekolah...
Dua belah kaki mama itu jua yang telah menekan pedal minyak (memandu kereta) pagi dan petang untuk menghantar kami ke sekolah tanpa mengeluh dengan kesesakan jalan raya...
Dua belah kaki mama itu jua yang sering berdiri tegak dalam solat menunaikan kewajiban kepada IIlahi...
Dua belah kakai mama itu jua yang telah bersama-sama aku dengan kakak ku melakukan tawaf dan sa'i di Mekah...Alhamdulillah...

Tapi kini dua belah kaki mama itu jua semakin lemah.... kalau bole diganti akan ku ganti tapi apakan daya... Allah swt lebih Maha Mengetahui dalam setiap sesuatu... akhirnya.. ku kucup kaki mama mohon ampun dan maaf dengan setiap kesalahan ku kepadanya....

Gambar Mama




Gambar mama and me masa raya Aidilfitri 2011.... Gambar mama and adam masa Aidil Adha 2011. Sayang mama sangat-sangat.

Friday, 7 October 2011

Setapak ke hadapan...

Sabtu dan ahad menghadirkan diri lagi.... teringat semasa aku kecil dahulu mama akan ke pasar pada setiap hari ahad. Rutin hidupnya. Kami tinggal di Cochrane dan pasar yang terdekat ialah Pasar Pudu. Kenderaan mama hanya lah 2 belah kakinya sahaja. Aku sering juga menemani mama...

Aku masih ingat, mama sentiasa ada kedai 'favouritem jadi urusan membeli akan berjalan dengan lancar dan sempurna sekali. Yang buat aku kagum pada mama ialah kudratnya yang begitu kuat, semangatnya yang kental dan tidak pernah aku mendengar dia mengeluh.. Mama menjinjing setiap barang yang dibeli dengan dua belah tangannya dan membawa ke mana sahaja di dalam pasar tersebut sambil membeli barangan yang lain. Bayangkan lah betapa berat barangan mentah tersebut dan ditanbah dengan keadaan pasar yang serabut dan limpahan manusia... Demi keluarga dan anak-anak tersayang, kaki tetap dihayun ke setiap pelosok pasar mencari makanan untuk yang tercinta...

Tetapi kini,


Kaki, tangan dan badan yang suatu ketika dulu sentiasa berbakti kepada suami, anak-anak dan keluarga semakin uzur... Mama sekarang mula mengeluh,lututnya sering rasa bisa, jalan pun tak segagah dulu (tapi luka di jari kaki mama semakin sembuh.Syukur Alhamdulillah...) tangan pun sering kebas-kebas. Kesian mama.... semuanya dah berubah sekarang...

Apa pun, mama telah dan pernah berbakti untuk keluarga suatu ketika dahulu. Mama berjuang sebaik mungkin agar keluarga tidak kelaparan.... Terima kasih mama...

Tuesday, 30 November 2010

Gaya Mama

Mamaku adalah seorang yg suka kepada fesyen... Kata mama, masa dia dizaman remaja kakak mama yang ku panggil Cik Nun belajar menjahit. So mama sering menjadi 'testing' untuk setiap baju yang direka oleh Cik Nun hingga menjadi 'trend' dikampungnya. Semasa aku sendiri meningkat remaja, mama sering membeli kain ela yang berjela-jela di Woodlands, Singapura. Masa tu mata wang Singapura lagi murah berbanding Malaysia. Bukan macam sekarang. Memang kerap kami sekeluarga ke Singapura. Boleh dikatakan tiap cuti penggal persekolahan....

Tujuan mama membeli kain ela adalah semata-mata untuk menempah baju dengan Cik Nun. Memang banyak baju kerja mama dijahit oleh kakaknya sendiri. Mama memang seorang yang up to date, jadi mama juga menempah handbang dan kasut mengikut warna baju. Memang almari baju and kasut mama penuh sangat-sangat. Kasut-kasut mama ada 'heel'. Bertumit. Emmmm... mama memang bergaya orangnya...

TETAPI...

Pada sabtu yang lepas (27/11/2010) aku telah pergi ke salah satu pusat membeli belah untuk membeli kasut mama. Sebelum ni adikku telah pun membeli sepasang kasut yang agak berjenama untuk mama tapi sayangnya tak pasti dimana mama meletakkannya dan sekarang telah hilang. Aku kesian melihat mama hanya berselipar biasa kesana kemari. Sejak mama menginap kencing manis yang kronik dan tapak kaki pernah belubang, mama kurang suka pergi berjalan-jalan. Dengan itu aku pergi membeli kasut mama tanpa dia bersamaku. Aku tau saiz kasut mama 5. jadi aku dengan pastinya membeli tanpa banyak soal.. hati ku tersenyum membayangkan mama menyarung kasut yang baru itu...

Pulang saje di rumah, aku terpa mama yang berada di dapur. Aku letakkan sepasang kasut warna hitam yang baru ku beli itu di atas lantai dan minta dia menyarungkannya.. Dia tersenyum dan mengucapkan "terima kasih" tetapi malang sekali sebab hanya kaki sebelah kanan saje yang dapat di sarungnya. kaki sebelah kiri yang pernah berlubang itu (kini telah sembuh) rupa-rupanya sudah membengkak dan tidak muat disarung ke kasut yang baru... mama cuba sedaya upaya hingga aku menyuruhnya berhenti...mama memandangku dengan perasaan yang kecewa... kesian mama. Tapi aku janji, dapat gaji hujung bulan ini aku akan bawa mama sendiri untuk membeli kasut yang baru...

Thursday, 25 November 2010

Diana's Birthday



Ini semasa majlis hari lahirku yang ke dua tahun. Semasa kecil mama memang akan membuat majlis hari lahir kami 3 beradik setiap tahun.. without fail sampai la we all bertiga sudah berkahwin...

Terima kasih mama kerana mengembirakan kami di hari lahir kami... Sayang mama sangat-sangat...

Makan bersama mama

Tadi tengahari aku makan tengahari bersama dua lagi sahabat ku di Pizza Hut, Maju Junction. Tq H sebab balanja makan. Mentang-mentang lah hari ini gaji...

Semasa makan teringat pada mama... mama yang ku kenali memang suka makan. Dia tak pernah memilih makan. apa saja dia makan. yang penting halal dan boleh dimakan. Mama juga tak pernah kedekut dalam soal makan. Setahu aku, masa mama bekerja dulu, dia sering memblanja teman seofis makan bersama. Kalau dah begitulah sikap dan sifatnya kepada sahaba-sahabat, apatah lagi kepada keluarga serta anak-anaknya...

Aku lah yang paling rajin menemani mama makan apa saja dan dimana saja. Kalau mama ajak pergi membeli belah pasti akhirnya upahku adalah makan. Masa waktu sekolah dulu, sekiranya ada kokurikulum hari sabtu, mama akan menghantar dan mengambil ku dari sekolah. Dulu sabtu pun kerajaan bekerja... Selepas ambil aku, pasti kami akan singgah makan.

Aku masih teringat satu ketika dulu.... semasa tu aku masih bersekolah di Bukit Bintang Secondary Girl's School. Selepas mengambil aku mama ajak makan di KFC di jalan Imbi yang telah tiada sekarang (yang dulunya satu-satunya KFC mempunyai pekerja dari kalangan pekak dan bisu - prihatin benar KFC Managemant).

Masa tengah makan aku serba salah untuk menggunakan sudu dan pisau kerana takut tercampak ayam-ayamku tetapi ku lihat mama dengan 'selambanya' makan KFC menggunakan sudu dan pisau... Emmm bangga mama boleh makan macam tu.... tetapi kini....

Baru-baru ni adik ku blanja kami semua makan malam di Victoria Station Taipan. Antara yang dihidangkan adalah salad... semasa hendak makan tiba-tiba mama berbisik padaku, "Angah, nak makan ni nak pakai apa?" Aku ambil garpu yang ada di hadapannya dan mengajar mama makan dengan menggunakan garpu....

Ya.. ini la hakikat mamaku sekarang... yang dulu lincah, agresif, kuat dan tabah tapi kini pasrah dengan usia yang semakin menjelang tua.. mama semakin pelupa... hakikat yang sukar untuk aku terima...